Assalamualaikum...
Lama dah rasanya tak update blog. Sejak abis belajar, terus sambung kerja. Takde masa nak update. Kesibukkan yang melampau membataskan segalanya. Kemain ayat. Harini tergerak hati jiwa dan raga nak update atau senang cite nak meluah segala rasa yang terpendam selama ini.
Korang dah keje? Alhamdulillah. Allah bagi rezeki. Korang dah future study? Alhamdulillah. Allah bagi korang rasa cemana nak hadapi final exam, project, test, quiz, assignment and so on. Segala apa yang Allah dah bagi kat korang, bersyukur. Baik atau buruk. Terima. Redha. Kalau tak puas, tingkatkan usaha.
Sini ada beberapa benda yang aku nak kongsi/meluahkan segala yang terpendam sejak aku mula bekerja.
1) KERJA
Lepas abis belajar aku terus kerja. Ye. Aku terus kerja, Takde istilah honeymoon. Konon acah acah nak rehat lepas tiga tahun belajar utk kertas yang bercop DIPLOMA. Aku bukan datang daripada keluarga yang senang. Yang boleh ikut gathering ngan kawan kawan lepas abis je final exam semeter enam. Aku ada tanggungjawab, so aku mulakan kerja,
Alhamdulillah. Aku kerja dekat Caltex. Ye, Stesen minyak yang logo bintang, Uniform warna merah. Acah acah Converse. HAHAHA, Alhamdulillah, rezeki aku kerja kat situ. Sehingga sekarang aku masih kerja kat situ. Kerjanya biasa. Aku suka.
TAPI.
Entah kenapa masih jugak yang mempertikaikan segalanya. Teruk sangat ke keje kat tempat macam tu. Hina ke keje as a cashier. Kadang kene duduk kat pam. Hina? Teruk? Salah ke ada diploma tapi keje yang takde taraf langsung dengan diploma? Bagi aku, tu tak salah. Selagi aku suka, tak jadi masalah bagi aku. Kau faham tak ini rezeki.
Orang cakap kenapa tak cari keje lain? Aku sedih bila orang asik tanya soalan yang sama. Saya usaha untuk cari kerja yang setaraf dengan kelulusan saya, tapi Allah masih belum beri lagi. Dh banyak interview yang saya pegi, gomen or private. Banyak tempat yang resume saya telah singgah. Bermacam syarikat yang memenuhi peti sent di dalam email saya. Tapi, Allah belum lagi bagi. Berkali saya mintak. Saya doa. Tapi belum lagi diperkenankan. Sedih.
Terus terang cakap. Sejak kerja masa untuk hangout dengan kawan kawan dah takde. Kadang kadang dengan family pun takde masa nk curik. Kadang kadang. Maafkan aku kawan kalau aku ada kecikkan hati korang. Doakan aku.
Alhamdullilah. Allah izinkan aku pakai si Merah.
2) FUTURE STUDY
Tahniah pada kawan kawan yang dapat sambung degree, master or PHD. Rezeki Allah berpihak pada anda.
Kenapa tak nak sambung belajar?
Aku taknak jauh dengan family lagi.
Tiba masa untuk aku balas segala jasa ibuayah.
Taknak berhutang dengan ptptn lagi sebab hutang diploma dah terlalu banyak,
Nak keje. Simpan duit utk adik adik sambung belajar lagi tinggi dari aku.
Malas nak pk pasal test, final exam, quiz, project etc.
Senang cite aku malas nak hadap.
Eh. Good luck ya! xoxo
3) LELAKI
Maksud disini, lelaki istimewa selepas ayah. Lelaki yang akan mengambil alih tanggungjawab ibuayah. Lelaki yang akan jadikan aku salah seorang penghuni syurgaNYA. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah akan datang masa itu. Perlu untuk aku usaha. Tapi aku taknak letakkan harapan. Sebab, cukup sekali terjadi. Bagi aku ruang. Kalau ada jodoh, tak kemana. insyAllah. Doakan aku ya.
Sudah ramai kawan kawan mendirikan masjid. Baby pun ada. Alhamdulillah. Allah bagi rasa manisnya perkahwinan pada usia yang muda.
ps : tahniah pada sepupu lelaki, Shahruddin atas kelahiran baby girl. Tahniah pada sepupu lelaki, Syamim. Bakal jadi ayah. Lelaki ini sebaya aku. Dan yang terbaru sepupu lelaki, Zaki atas majlis pertunangan minggu lepas. Nampak. Murah sungguh rezeki mereka. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira bro.
pss : Tahniah pada sepupu perempuan, Nana yang berjaya keje gomen. Akhirnya. Rezeki berpihak pada anda. Sepupu perempuan, Nabila or teacher bella. Bila nak posting. Let me know. Nnt kita meet and great sesama. Sepupu perempuan Adah, kite dh terbau nasi minyak. Moga dipermudahkan Allah.
psss : Menunggu kelahiran adik baru kepada Trisya dan Ara. Kak zana, moga dipermudahkan kelahiran kali ini. xoxo
Cukup setakat ini. InysaAllah. Jumpa lain masa.
Selesai.