KLIK SINI KALAU MINAT

Thursday, 25 October 2012

GEMUK, TENANG DER...

baby ni comel kan.. :)

Assalamualaikum w.b.t
Gemuk??? Berbadan besar?? Tembam?? Yess. Saya mengaku, saya sebahagian daripada mereka ini… weeiihhh.. ni nak cite.. memang lahhh, kalau org yang berbadan cenggini lagi2 wanita confirm mereka ni rendah diri, yang dh rendah makin rendah lagi.. sedih, rasa tersisih.. saya pun pernah rasa macam ni… and sampai sekarang kot.. tapi dulu memang tinggi perasaan macam tu.. tapi now, saya rasa perasaan tu dah xda lagi.. seriuss,, xda dahh.. ramai dah orang bg support..

Ramai perempuan berbadan besar, gemuk, chubby and so on berkata sedemikian, lelaki kalau gemuk xpelah ada jugak orang nak tapi perempuan?____________________________ (macam-macam yang didengar) SIAPA CAKAP WEIH?? See,, tgk jee saya, happy jeee , positif jeee.. pasal baju, weihh,, ada lahh weih baju utk orang yang berbadan besar.. orang berbadan besar ni kaya weihh.. bnyk duitt.. baju branded jeee.. ada brand kot.. saya? Biasa-biasa je skrg, still pakai ptptn lagi + duit mak ayah.. :D (peace)

Bohonglah kalau saya cakap saya xnk kurangkan berat bdn.. bukan kurus yee.. hanya mahu kurangkan berat badan sahaja.. bnyk dah produk yang saya gunakan.. alpha lah beta lah produk tu bagus,. Semua bagus,, tapi xbagus nyee penat sbb nk menahan keinginan.. ok, itu kelemahan saya… benda tu bukan murah.. makan beratus.. saya belum berkemampuan lagi.. nanti bila dah masuk alam pekerjaan saya beli lahh.. tapi sy hanya mahu kurangkan berat badan.. bukan kurus.. sebab kurus pun xelok (my lovely czn saya yang cakap) setakat dapat pakai baju lawa tapi kesihatan xok pun buat apa… dia cakap sebab dia kurus dan dia pun sakit.. sorry sayangg..

Tak payah nk borak panjang2, ni nak bgtaw kelebihan orang berbadan besar… special weihhh.. bersyukur sangat dikurniakan badan macam ni..  Alhamdulillah.

Yang pertama:
Bebas jalan sorang2.. even xda sapa nak temankan oleh kawan yang kononnya tetiba saja bz bila ajak keluar kan… bebas jalan sorang diri tanpa dibimbangi akan dikidnap.. yelahh, pengkidnap tu pun yakin tak yakin je,, mana taw dia piker kita boleh hempap dia.. atau mungkin mereka tidak larat untuk melarikan anda,, yelahh baru nk pegang bahu dah kene jerit.. ha.. hebat tak … :D

Yang kedua:

Kalau naik kereta.. confirm duk depan, sebelah driver kan.. saya macam nilah.. duduk depan bila naik teksi.. hahahah.. kawan2 duk belakang.. tapi bila naik kereta boyfren kawan, saya duk belakang lahh.. xkan lahh nk bagi diri ni kene pelangkung dengan kawan kott.. kann.. special takk. :D

Yang ketiga:
Bila seseorang sukakan kita, dah terang2 dia ikhlas sukakan kita, sebab kalau dah suka cemana sekalipun bentuk fizikal orang tu, sidia akan terima… tapi kene pandai jaga tingkah laku lahh yee.. if nak turunkan berat badan pun, jgn lah smpai kene cakap dekat boyfren.. buat senyap2 jee.. nnt jumpe mesti boyfren cakap “awak dah kurus cikit lah”, tu semangat tu,..  tak de lah macam orang yang dh kurus, beria nk kurus bila kene tegur dengan boyfren sebab cakap “awakk gemukk”.. bila pakwe dah mcm ni, sila bersiap sedia lahh yee..

Yang keempat:

Bagi yang gemuk dialam masih menuntut ilmu, xpayah nk pk surat wangi2 lah, coklat bagai, secret admire, stalk fb bagai tu kan.. tumpuan confirm kat pembelajaran jee.. no gngguan, kredit pon jimat weih… tepon ibu ayah (ni macam saya) hahahah.. tak payah nk pk sedih2, putus cinta, tejun bngunan lah bagai, minum clorok ke.. xpayah… nnt dah keje, ada pendapatan baru boleh g slimming center sana, buat make over kat sana.. senang kann.. belajar, keje bagus, kumpul duit.. senanggg..

Yang kelima:
Comel.. ibu saya cakap saya comel.. seriuss comel lahh weihh.. byangkan macam ni…

Lelaki gemuk+perempuan gemuk= (serius comel je jalan berdua sambil pimpin anak)

Lelaki kurus+perempuan gemuk=(masih diperingkat comel)

Lelaki gemuk+perempuan kurus=(masih diperingkat comel)

Lelaki kurus+perempuan kurus=(errrrrrrrrrrrrrrr)


Banyak lagi kelebihannya orang bebadan besar ni.. bukan saiz badan yang jadi ukuran, yang penting hati budi lahhh.. anda mungkin menjadi kegilaan orang ramai kerana sifat yang ada pada anda.. siapa tahu kan..

Soooooo,,,, pada yang rasa badan anda tu gemuk, mohon jgnlah terlalu obsess dengan kurus… xsalah nk kurus, tapi berpada lahhh.. yang berbadan macam saya, give me five… saya taknak kurus.. tapi saya hanya mahu kurangkan berat badan.. itu sahaja..

Walauapapun, tetap bersyukurlah pada Sang Pencipta.. dah sebaik2 mahluk Dia ciptakan kita… bersyukur kerana kita dilahirkan sempurna dimata orang yang menyayangi kita.. ibu ayah kita.. keluarga kita.. terima kekurangan sebagai kelebihan..



p/s: saya pun nak cari pasangan hidup yang berbadan besar.. :D comell lahh .. entry ni saya buat bukan kerana saya jeles sebb orang lain kurus ke apa kee.. saya buat hanya untuk memberikan pandangan.. hak individu.. saya hormat.. so hormat lah saya jugak dalam memberikan pandangan... mohon faham.. sekiranya ada yang terasa.. mohon maaf.. selamat beramal..




Tuesday, 23 October 2012

BURUK SANGKA



Assalamualaikum wbt...
sorry, hari ni entry buruk sangka... pernah buruk sangka ngn org kan.? takpenah (okay, tipu)
hahahah.. bohong kalau xpenah buruk sngka ngn org.. 1st impression.. if korang tgk org tu pelik sikit, confirm korang terus label diaaa cengitu lahh, cengini lahh.. kan... haaaa.. xbaik buruk sngka kat orang... macam kita jugak.. klu org buruk sngka ngn kita mesti kita hangin jugakk kan... actually, nie entry dari tuan tanah lain... dengan izin beliau sy tampal disini...



1. Dua minggu lepas, guwa pegi kolumpor.shopping dengan mama dan adik guwa.naik public transport paling guwa benci. komuter. kereta? simpan rumah la der. save duit minyak, kumpul duit buat kawin.


2. Seperti kebiasaan, dalam komuter amatlah sesak. kalaulah sardin naik komuter, nescaya beliau pon akan mengeluh kesimpitan. ditambah pulak dengan bau aBANG-aBANGLA. memang awesome.


3. Sepeti udah jatuh ditimpa tangga dihimpap , udahla sempit dan berbau, seat pulak tak dapat.


4. Masa tengah berdiri, guwa dengan mama guwa sempat la melihat sekeliling.dalam kesempitan, masih lagi sempat mama guwa termengumpat bebudak "tak berjenis" *kata orang2 tua* bebudak yang dressup ala-ala kpop, gothic, skinhead dan sebagainya. guwa dengar je.


5. Habis je mama guwa mengumpat, tetiba sorang budak ala-ala gothic datang. ah.serabut! takkan beliau dengan plak mama guwa umpat beliau.


6. "Makcik, nak seat tak?duk la sana tu ha.tempat kitorang tu" - offer budak gothik yang pakai baju liverpool rambut ala kpop, mata make up ala-ala lady gaga




Hi adik2 gothic. abg copy dari google gambar ni. kalau u all tak suke bgtaula.nanti abg delete


7. Mama guwa apa lagi, sentap sesentap sentapnya. mau taknya, golongan2 yang di umpat yang care tentang beliau. guwa? senyum sinis. hehe


8. Ni bukan 1st time, guwa selalu tengok bebudak yang orang ramai rate "tak berjenis/takda masa depan" la yang selalu offer seat kat makcik2 dalam public transport. yang ber"tai", ber"coat"? buat-buat tido konon penat kerje. takpon time dalam komuter tu la sibuk nak baca buku.


9. Tipikal malaysia - selalu beli buku sebab kulit buku cantik


p/s : dikeluarkan dengan izin mama guwa. atas alasan untuk mendidik.jgn nak kata guwa mengumpat mak pulak

p/s: copy paste dari belog abg naz sorg engineer yang hensem (dia kata sendiri) nie blog dia. <SINI>

Monday, 22 October 2012

Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!

Assalamualaikum w.b.t









Target : 1000

HATI


Hati…

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. 

“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.


Ya Rabb…
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku.

Sunday, 21 October 2012

UJIAN ATAU DUGAAN ITU MANIS









Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!

Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Saturday, 20 October 2012

HALAL ITU INDAH






Dibalik episodnya, tentang keindahan, kebahagiaan dan kasih sayang
Tahukah kita, apa yang mendasari semuanya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan cinta yang membentang 

Cinta…
Bagai mutiara yang tersembunyi dibalik karang
Putih, bersih dan suci diatas mahligainya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan azam yang membentang 

Cinta….
Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam
Bilangan Asma-Nya
Cinta yang tak hanya sekadar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkahanNya
Pun engkau, akan menjadikannya semakin berwarna
Dalam putihnya hati nurani 

Cinta…
Seperti mutiara yang semakin bercahaya
Bahkan lebih ketika mahar keimanan menjadi satu asas
Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku mahu
Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan
Hanya sejauh mana kita mahu
Belajar menjadi sang pecinta sejati 

Cinta yang halal…
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan untuk menghalalkan segala cara
Kerana cinta mengajarkan kita mengerti dan memahami
Tentang erti sebuah keikhlasan 

Seberapapun engkau, aku dan kamu
Milikilah cinta diatas cinta yang sebenar
Berpijak pada satu kekuatan yang satu 

Biarlah…
semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cintaNya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal dan berakhir dengan keberkatanNYA…

Friday, 19 October 2012

SOMETHING YANG SUKAR UNTUK AYAH PERKATAKAN....



Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH? 



Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu? 



Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian? 



Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.... 



Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu 

mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya. 



Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi. 



Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.. 



Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu... 



Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu? 



Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu? 



Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya" 



Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah. 



Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa. 



Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan... 



Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum? 



Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang 

tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti. 



Dan akhirnya.... 



Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah" 



Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal.. 


p/s : dah ada kat folder draft copy... tp maaf, lupa dari mana... maafkan saya.. ni saya salin dan tampal.. moga berguna.. :)

Saturday, 13 October 2012

DUNIA

Assalamualaikum wbt..
ok.. kira bpe ari xbukak blog?? 1,2,3.... ok malas dahhh... (bajek mcm ada ramai follower jeeee) 
sooo, mmg dh lme rasanya xupdate... memang sekarangg tersannngggaattttt lahh sibuk dengan class... esaimen,project,presentation, test,quiz and so on.. hahahh yaaaa.. seriusss bz thap cipannn..
soo, mnggu ni lahh mnggu rehat sikit... sikitlahhh...

jumaat 12.10.2012... yeeee... tarikh yang akan dikenang sampai bila-bila.. perginya seorang pakcik SAPIAN BIN TAIB berjumpa dengan Sang Pencipta... Mulia pakcik pergi pada hari jumaat.. yeee,,, haritu seriussss cakap, memang ramai yang tegur "tak balik ke","kenapa tak balik".. dan xsngka tu adalahh salah satu sense... yesss... buat biasa sajaaa...  xterpk langsunggg..

soo, keluar ke bandar nak beli barang diri macam sabun bagaaiii,,, saja telefon ayahh.. memang jadi rutin if nk g bndar mmg tepon ayahh...

saya: ayah, akak nk g bndar.. ayah kat mana?
ayah: ayah othw nak balik, oksigen pakcik tak ok..

##ok,, smpai sini jeee perbualan yang dpt diceritakan.. seriussss, xpk apa2 langsungggg... (knpppp, xterpk nasuhaaa)

soo, berjalann lahhh dibandar muadzam dengan cerianyaaa... gurau2 bagai dengan kawan... smpai kat kedai buku,.. tgh belek2 novel.. phon bunyi lagu 'For The Rest Of My Life'.. seriusss berderauuu darahhhh... thennn.. terus angkat... adik call dengan suara yanggg ____________..... "Along, pakcik dah TAKDE"... rasa memang macam nak pitammmm... seriusssssss...  terusss keluar kedaiii... then phon czn yang paling rapattt.... siap bergaduh dlam phon sebab nk balik punyaa pasal...

berjalan laju ke terminal.. dan masih selamat sebab tiket ada,,, yessss,, Alhamdulillah... bas pkul 6.. yeee pkul 6... dengan keadaan sehelai sepinggang, hnya bwk purse dan phone yang KEHABISAN BATERI.. yesss... bermula perjalanan disituu... airmata dan untaian yassin serta fatihah sentiasa dibibir... smpai segamat, nasib baik duduk sebelah seorang india... dengan muka tak malu terus mintak pinjam phon nk msg ayah... :)

sampai jb, dlm pkul 10.20mlm ayah dh tnggu kat skudai.. ayah cakap terus balik endauu sebab jenazah nk kebumi kat sana malam tu jugakk... ok.. saya rasa why ayah xckp awal2, boleh terus ke endau, sbb dari muadzam dah sangat dekatt... xpe.. mungkin time tu family tgh bingung...

jalan ke sana jgn tnya,. hujan selebat2 hujan... tp ayah still bawak 120km/j... yesss.. faham2lah jalan kota tinggi---mersing---endau cemana... selekoh gila2... mmg laju ayah bawak dengan keadaan jalan yang licin...

sampai endau dlm pkul 1pg... bacaan yasin dan tahlil, sblum tunggu anak pakcik (czn saya) dari KL smpai... selesai bacaan , diorang pun sampai.. suasana memang sayuu sangat2... mmg sayuuu.. airmata xberhentiii..(smbil taip ni pun airmata still ada lagi) cuba kuatkan hati... pakcik dah koma 3bulan, lepaskan pakcik...

dalam pkul 1.30 pg, jenazah dibawa terus ke tanah perkuburan untuk dikebumikan... hujan renyai2 mengiringi... pkul 2.20 pg, selesai semuanya... doa kami mengiringi pakcik...

Selamat pulang pakcik... semoga pakcik tenang disana... semoga roh pakcik sentiasa dibawah rahmatNYA,.. doa kami sentiasa mengiringi pakcik disana... Al-Fatihah


##niat hanya untuk berkongsi...


Sunday, 7 October 2012

TERLUKA, MELUKAI, KITA PERNAH BERHADAPAN DENGANNYA BUKAN?

Kita pernah 'DILUKAI' dan mungkin pernah 'MELUKAI', kerana itulah kita dapat BELAJAR bagaimana cara untuk menghargai, menerima, berkorban dan memerhatikan..
Kite juga pernag 'DITIPU' dan mungkin pernah 'MENIPU', sebenarnya dari situlah kita belajar KEJUJURAN...

Andaikanlah kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, kemungkinan kita tidak akan pernah belajar erti MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN.

Setiap waktu yang kita telah habiskan untuk hidup ini, tidak akan terulang kembali sama sekali. Namun ada satu benda yang kita boleh lakukan.. BELAJAR. yeee.. BELAJAR dari apa yang pernah kita lakukan dulu...  BELAJAR dari masa lalu untuk ESOK yang lebih baik..

HIDUP adalah PROSES, HIDUP adalah BELAJAR, tanpa BATAS UMUR, tanpa kata TUA, kalau JATUH bangun lagi, kalau KALAH cuba lagi, kalau GAGAL usaha lagi, 

sampai ALLAH memanggil..

"WAKTU UNTUK PULANG"

Thursday, 4 October 2012

CINTA



"Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi, dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya"



Untaian kalimat yang seakan menusuk ulu hati saya, teringat bahawa selama beberapa bulan yang lalu begitu saya dibutakan oleh cinta yang palsu. Ya, cinta telah melumpuhkan fikiran saya dan memainkan emosi saya dengan begitu mudah hebat...

CINTA

Saya pernah dibuat mabuk cinta. Entah bila saya mula berkenalan dengannya, dengan cinta yang membuat saya seperti bukan diri saya yang sebelumnya. Cinta yang membuat saya rela melanggar prinsip yang bertahun-tahun saya pertahankan, yang telah membuat saya buta dan tuli dan mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan, membenarkan sesuatu atas nama cinta.

Cinta tidak membuat saya berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya.
Cinta yang dulu saya kenal membuat saya mudah sekali menangis sampai mata saya lebam. Kalau dikumpulkan mungkin air mata saya sudah sebaldi penuh. Cinta itu membuat saya mampu bangun ditengah malam kerana henpon saya berdering, membuat saya rela berjaga sehingga pagi menjelang, hanya untuk berbual dengannya.

Padahal jika alarm pukul 3 pagi sepatutnya membangunkan saya untuk bertemu Sang Pemilik Jiwa, sering saya matikan dan terlelap kembali. Kalaupun terjaga, hanya tahujjud singkat. Tidak selama seperti saya berbual – bual dengan seseorang itu. Separah itu cinta membutakan saya saat itu.

Dan kini, bagaimana khabarnya cinta itu? Dimana dia yang dulu selalu ada untuk saya? Semua sudah tidak ada lagi bersama saya. Sedangkan DIA yang selalu saya abaikan, yang selalu saya datangi hanya ketika saya memerlukanNYA, DIA tidak pernah berganjak menjauhi dari saya, bahkan ketika saya bersendirian DIA yang selalu menemani saya, menghapus air mata saya, mengubati luka hati saya.

DIAlah yang menggantikan apa yang hilang dari saya dengan yang lebih baik, jauh lebih baik dari yang saya harapkan. Tidak ingin lagi diri ini terjerumus pada cinta yang seperti itu lagi, saya ingin mengenal cinta yang datangnya hanya dari DIA dan kepada DIA saya persembahkan. 

Ya Rabb…saat aku sayangkan sahabat, teman dan kawan, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir. 

YaRabb…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.

Ya Allah…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.

Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.